Terus Hantar Dari AFYAA HQ Warehouse!

Hari Hari Sihat Logo

AFYAA – Sihat Nikmat Terindah

Waktu dan kesihatan mencerminkan kehidupan kita. Waktu tak kembali, tapi kesihatan setia. Tapi, kesihatan kita makin tercabar dan waktu untuk jaga kesihatan makin sempit. AFYAA wujud untuk bantu semua orang fokus pada keupayaan kita untuk kekal bertenaga dalam rutin harian. Asbab inilah yang melahirkan AFYAA, isitilah yang berasal dari perkataan Arab, bermakna bebas dari penyakit.

Kami di AFYAA percaya pada perkembangan positif. Kesabaran hasilkan kebahagiaan. Dengan nilai kesihatan dan kesejahteraan, misi kami adalah memupuk keyakinan – ‘kesihatan itu harta sejati’, نِعْمَة (nikmat) dari Allah SWT untuk semua manusia. Konsep halal bukan sekadar agama, tapi etika dan kebersihan setiap lapisan masyarakat. Bagi kami, kesihatan bukan rutin saja, tapi nikmat yang perlu dihargai selagi bersama kita. Pelbagai alternatif boleh bantu anda capai kesihatan ideal, tanpa “penyelesaian serba boleh”.

Profil Syarikat AFYAA

AFYAA adalah syarikat makanan berfungsi yang menerapkan nilai kesihatan dalam kehidupan, kerana menjaga kesihatan itu dianggap sebagai Jihad menurut fahaman Islam. Transformasi hidup anda bermula dengan pemahaman bahawa “Sihat itu Nikmat” yang perlu dihargai setiap masa. Syarikat AFYAA ditubuh di Malaysia pada 22 January 2021 dan melancarkan produk Hayyiba sebagai product pertama AFYAA. AFYAA kini memperluaskan rangkaian produknya dengan merangkumi produk kesihatan, kecantikan, dan penurunan berat badan untuk kekal cergas.

Perjalanan AFYAA

Siapakah pengasas / pemimpin jenama AFYAA?

1. Pengasas AFYAA – Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie

Gambar Pengasas jenama AFYAA Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie
Dato Sheikh selalu katakan:

“Tiada waktu yang dianggap lambat untuk memulakan sesuatu. Bagi jenama premium seperti AFYAA untuk mengorak langkah, saya tidak dapat memikirkan waktu lain berbanding sekarang. Kerana ketika ini, manusia akan mula faham kepentingan hidup secara sihat dan bersih.”

Kehidupan setiap manusia bermula dengan nikmat terindah yang tidak dapat dikurniakan oleh sesiapa iaitu waktu dan masa. Dahulu saya terlalu sibuk mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor dan angkasawan sebelum saya berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, sehingga saya terlupa waktu saya kian suntuk, dan kesihatan mula merosot dengan waktu yang pantas berlalu.

Segala puji-pujian bagi Allah yang Maha Besar, saya masih ada waktu dan kesihatan dan saya mahu memanfaatkan sepenuhnya untuk dikembalikan semula kepada masyarakat. Saya mahukan kesihatan yang baik bagi setiap individu agar mereka dapat melakar saat-saat manis bersama yang tersayang, sama seperti saya.

Kita tidak berupaya untuk mengawal waktu, namun kesihatan sentiasa berada dalam genggaman kita. Kerana itulah AFYAA wujud, dedikasi kami untuk berbakti semula kepada masyarakat dengan membekalkan gaya hidup yang berkualiti dan sihat menerusi produk makanan berfungsi bertaraf premium dan dijamin halal. Saya amat positif dengan kehadiran AFYAA, kami mampu memberikan anda kawalan penuh terhadap kesihatan tanpa sebarang ruang penyesalan, supaya anda dapat berkongsi saat-saat indah dalam kehidupan bersama yang tersayang.

2. Pengarah AFYAA –  Abdul Azim Adnan

Gambar Pengarah AFYAA Abdul Azim
Pengarah AFYAA Abdul Azim Adnan selalu katakan:

“Apa yang penting, kekal sihat merupakan satu rutin yang perlu dibentuk oleh setiap individu agar masa depan lebih cerah dengan fizikal yang lebih bertenaga.”

Muda, bertenaga dan bebas. Ketiga-tiga elemen ini merupakan definisi anak muda hari ini yang boleh dilihat perbezaannya dengan mata kasar kita. Secara dinamiknya, mereka dipenuhi dengan pelbagai idea, pandangan dan pendapat untuk memacu negara lebih jauh. Malah, mereka inilah yang bakal menjadi peneraju dan pemimpin untuk membina dunia yang penuh dengan bakat. Namun, untuk merealisasikan impian besar itu sememangnya memerlukan keupayaan dari dalam, ataupun secara mudahnya, kesihatan sendiri. Persoalannya, adakah mereka bersedia?

Secara amnya, kita selalu diingatkan untuk menjaga kesihatan sendiri sejak kecil lagi. Nasihat tersebut juga kekal dan selalu kita dengar seiring dengan usia yang menjangkau saban tahun. Sungguhpun demikian, ada sesuatu yang lebih bermakna untuk disematkan dalam minda kita. Kesihatan sudah lama setia bersama kita sejak awal kita wujud di dunia ini. Dengan berbekalkan kesihatan yang terdamping, kita mampu hidup dan bernafas untuk meneruskan hari-hari kita.

Bagi pihak generasi muda, saya percaya bahawa ada tanggungjawab moral yang digalas di AFYAA dalam mengingatkan anak muda untuk sentiasa menjaga kesihatan memandangkan ia merupakan salah satu nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Kita turut bergerak sepantas seperti aliran masa untuk mengejar cita-cita sendiri. Namun adakalanya, kita sering alpa dan terlupa. Kita abaikan kesihatan sendiri demi mengejar impian.

Di AFYAA, kami berhasrat untuk memberi anda fleksibiliti sepenuhnya untuk menjalani rutin harian dengan mekanisme yang terbaik untuk kekal sihat di samping menegakkan Halal sebagai nilai utama. Nilai-nilai kami juga berkitarkan hidup anda dan kerana itulah AFYAA prihatin dengan kesihatan keseluruhan anda. Sebagai syarikat makanan berfungsi, tanggungjawab kami adalah untuk memastikan kesihatan anda terjamin dengan ramuan-ramuan yang disokong oleh sains dalam setiap produk kami. Apa yang penting, kekal sihat merupakan satu rutin yang perlu dibentuk oleh setiap individu agar masa depan lebih cerah dengan fizikal yang lebih bertenaga.

Setinggi mana pun impian kita, saya mahu ingatkan setiap individu agar sentiasa jaga kesihatan dengan rutin yang sihat setiap hari. Saya juga percaya dengan AFYAA, inilah peluang kita untuk mulakan langkah pertama kerana kesihatan merupakan nikmat yang terindah.

3. Perunding Perhubungan Halal Kerajaan AFYAA – Dato’ Professor Dr. Abdul Malik Musharat

Gambar Perunding Perhubungan Halal Kerajaan AFYAA Dr Malik
Dr. Malik selalu katakan:

“Halal bergerak jauh lebih dari apa yang kita ambil setiap hari, ia merupakan gaya hidup yang perlu dihargai oleh orang Islam.”

Dunia moden kini mewujudkan akses kepada banyak cabang perkara dengan pelbagai kemudahan. Kita boleh masuk ke mana-mana kedai dan mencari buku kegemaran kita dan membuat pembayaran menerusi transaksi tanpa tunai. Malah, kewujudan platform membeli belah dalam talian memudahkan banyak perkara dengan hanya menempah apa jua barang yang diidamkan dan terus dibayar. Semua ini boleh dilakukan di hujung jari.

Sejauh mana sekalipun teknologi berevolusi, kita sebagai manusia tidak lekang daripada ketidaktentuan. Benar, amat sukar untuk kita lenyapkan rasa keraguan. Makanan juga telah mengalami proses yang sama di mana kita kini boleh menempah apa sahaja di dalam jangkauan kita. Namun soalan mudahnya, bolehkah kita makan makanan itu? Atau paling tidak sekalipun, adakah ia dijamin halal?

Kerana itulah kami wujud, untuk menggerakkan pasaran bahawa AFYAA merupakan jenama yang dijamin halal, disokong oleh proses dan prosedur yang amat ketat bagi memastikan keselamatan dan kebersihan yang bukan sahaja mematuhi undang-undang, malah keimanan hati.

Aspek yang paling penting dalam konsep halal adalah untuk memastikan tiada sebarang rasa keraguan timbul dalam proses penghasilannya. Daripada bahan mentah sehinggalah hasil produk. Justeru, ia menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan hasil produk AFYAA mempunyai ketelusan iaitu bebas daripada ramuan yang terlarang dan berbahaya seperti yang ditegah dalam Islam, mahupun menjejaskan hasil produk.

Saya percaya dengan AFYAA, kita boleh mencapai keseimbangan dalam pelbagai aspek lebih-lebih lagi gaya hidup dan kesihatan untuk manfaat sendiri pada masa hadapan. Dengan gaya hidup sihat dan AFYAA, kami berbangga untuk memberikan anda kehidupan simbiosis!

4. Pakar Perunding Kardiologi AFYAA – Dr. Haizal Haron Kamar

Gambar Pakar Perunding Kardiologi AFYAA Dr Haizal
Dr. Haizal Haron Kamar selalu katakan:

“Saya positif bahawa AFYAA mempunyai visi untuk membina komuniti yang peka terhadap kesihatan dan kewujudan saya akan melengkapkan perjalanan mereka.”

Sebagai pengamal perubatan, penjagaan kesihatan merupakan satu kewajipan. Kami berkorban sepenuh masa untuk merawat pesakit tanpa mengira apa jua status demi melihat mereka kembali berdiri sihat seperti sediakala. Namun menjangkau lebih dari kesihatan, kehidupan saya berpaksikan matlamat yang menekankan “mencegah lebih baik daripada merawat”. Meskipun berbekalkan niat yang murni kepada komuniti, kami sebenarnya mahu mereka faham bahawa kesihatan merupakan nikmat yang perlu dijaga sebaiknya menerusi gaya hidup yang sihat sepanjang masa.

Dari perspektif seorang doktor, kesihatan membawa definisi khas iaitu keadaan tubuh badan tanpa sebarang penyakit. Dengan pemantapan kesedaran kesihatan dan pencegahan penyakit yang kian meluas, ramai antara kita mempunyai risiko terhadap penyakit berbahaya yang boleh merampas erti kehidupan kita bila-bila masa sahaja sama ada serangan mengejut, atau penyakit yang tidak dikesan selama bertahun-tahun. Malah, apabila kejadian itu berlaku di hadapan mata, kita dipaksa untuk berhadapan dengan situasi antara-hidup-atau-mati yang meninggalkan pengajaran demi persiapan yang perlu dilakukan seawal mungkin.

Situasi seperti inilah yang menyemarakkan minat saya untuk berkongsi ilmu dan kepakaran kepada orang ramai dalam menjaga kesihatan mereka sebelum apa-apa yang buruk berlaku. Tanpa kesihatan sebenar, kita hanya mampu terbaring kesakitan dan tiada apa yang mampu dilakukan.

AFYAA menegakkan nilai-nilai praktikal yang mencerminkan kesihatan sebagai nikmat terindah, tanggungjawab saya pula adalah sebagai penyalur maklumat utama yang boleh menjadi panduan dan bimbingan mereka. Saya positif bahawa AFYAA mempunyai visi untuk membina komuniti yang peka terhadap kesihatan dan kewujudan saya akan melengkapkan perjalanan mereka.

Misi, Visi dan Nilai AFYAA

Misi

AFYAA komited untuk menambah baik kualiti hidup anda dengan produk HALAL dan premium.

Visi

Untuk menjadi jenama halal yang terkemuka di arena antarabangsa. Kami mahu memberikan anda alternatif terbaik dalam menjaga kesihatan menerusi ramuan Sunnah yang digalakkan dalam Islam.

Nilai

Produk AFYAA

1. AFYAA Hayyiba

Produk AFYAA Hayyiba

AFYAA Hayyiba merupakan minuman botani yang mempunyai dua ramuan yang dipatenkan iaitu Thymocid® Ekstrak Habbatus Sauda dan Polypeptide-k (PPk™) Ekstrak Biji Peria. Ia mengandungi antioksidan yang tinggi dan sesuai kepada semua lelaki dan perempuan, terutamanya kepada individu.

 

 

2. AFYAA Ryndu

Produk AFYAA Ryndu

AFYAA Ryndu diperkaya dengan ramuan premium untuk menyinari hari anda! Ramuan Ryndu berasal dari Jepun, Itali, dan Perancis, membentuk kombinasi terunggul antara dunia timur dan barat. Keanggunan dan kekemasan diri adalah satu aspek penting dalam kehidupan yang perlu diberikan perhatian dengan mengikut prinsip Syariah. Sebagai sebahagian daripada penjagaan diri yang terbaik, kita juga digalakkan untuk mengamalkan pengambilan makanan Sunnah seperti madu dan buah delima dalam kehidupan seharian.

 

 

3. AFYAA Blacktide

Produk AFYAA Blacktide

AFYAA Blacktide adalah pilihan tepat untuk menjaga kesehatan tubuh Anda! Menggunakan teknologi terbaru, Blacktide mengekstraksi nutrisi dari tumbuhan alami dalam bentuk peptida dan molekul peptida tumbuhan yang mudah diserap oleh tubuh manusia. Formula ini kaya dengan Biji Jintan Hitam (Nigella sativa) yang memiliki sejarah penggunaan selama lebih dari 2.000 tahun.

Blacktide bukan hanya sekadar solusi, tetapi juga produk phytoinsulin oral yang inovatif. Dengan teknologi canggih, nutrisi dari tumbuhan alami diekstrak dalam bentuk peptida, sehingga molekul peptida tumbuhan dapat diserap dengan mudah oleh tubuh manusia. Blacktide langsung masuk ke hati setelah diserap melalui usus, memberikan manfaat khususnya bagi pasien yang menderita hiperglikemia dan berpotensi menghindari kerusakan fisik akibat kondisi tersebut.

Diabetes menjadi penyebab kematian ketiga di Indonesia, setelah stroke dan tekanan darah tinggi. Faktor-faktor seperti konsumsi tinggi nasi putih, asupan gula yang tinggi, pola makan yang tidak seimbang, dan kurangnya kesadaran tentang tes glukosa darah menjadi penyebab utama meningkatnya prevalensi diabetes.

Harga yang tertera adalah harga untuk 1 kotak (15 sachet).

Siapa yang sebaiknya mengkonsumsi Blacktide?
1. Orang yang mengidap diabetes dan pra-diabetes.
2. Orang dengan riwayat keluarga diabetes.
3. Individu yang sering mengonsumsi makanan dan minuman tinggi gula.
4. Orang yang mengalami sindrom metabolik.

Cara penggunaan AFYAA Blacktide:
Larutkan 1 sachet Blacktide dalam 170ml air, lalu aduk rata sebelum mengonsumsinya.

4. AFYAA Sahiyya

Produk AFYAA Sahiyya

AFYAA Sahiyya diformulasi daripada ramuan sunnah, ABG25+® Ekstrak Bawang Hitam Berumur, Cordiart™ Ekstrak Kulit Oren Manis dan Lipophytol® Fitosterol Pokok Pain untuk meningkatkan kesihatan jantung, stabilkan kadar kolesterol dan tekanan darah. 

 

5. AFYAA Aratox

Produk AFYAA Aratox

AFYAA Aratox diperkaya dengan bahan premium, membantu membersihkan racun dan meremajakan kesehatan usus Anda. Seperti tak ada yang lain, kekuatan probiotik yang kaya InstaKombu™ kombucha membantu dalam detoksifikasi, dipadukan dengan serat larut air Fibersol®-2 yang meningkatkan kesehatan usus. Jangan lupa cuka kurma dan asam jawa yang tinggi antioksidan untuk meningkatkan pencernaan.

 

 

6. AFYAA Arafit

Produk AFYAA Arafit

AFYAA Arafit adalah produk pengganti makanan berbahan dasar protein tumbuhan, Fibregum™ Gam Akasia, dan Ekstrak Biji Kopi Hijau dalam bentuk serbuk. Fungsi utama Arafit termasuk membantu menurunkan berat badan, memperpanjang rasa kenyang, menghambat pencernaan dan penyerapan karbohidrat, meningkatkan metabolisme, merangsang pembakaran lemak, memperbaiki pencernaan, dan menyediakan energi.

 

 

Pencapaian Halal & Asia Halal Brand Award 2021

Dr Sheikh at Asia Halal Brand Award 2021
AFYAA Asia Halal Brand Award 2021

Pensijilan & Dijamin Kualiti Tinggi

Bagi memastikan produk-produk AFYAA selamat diamalkan, produk AFYAA dihasil melalui sistem kawalan kualiti yang ketat dengan pelbagai pemeriksaan rapi di makmal, serta mendapat kelulusan daripada KKM. Laporan makmal juga membuktikan bahawa produk AFYAA bebas daripada mikrob, logam berat, DNA khinzir dan dijamin HALAL oleh Jakim.

Produk Afyaa Selamat Dimakan dan Kualiti Tinggi

Perlindungan Insurans Sebanyak RM3 Juta

Perlindungan Insurans Sebanyak RM3 Juta untuk produk AFYAA 2024

 

 

Rujukan:

  1. Laman sesawang rasmi Syarikat AFYAA
  2. Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie
  3. Wikipedia Habbatus Sauda
  4. Prof Datuk Dr Malik Musharat